Home Semasa Nabi Muhammad bukan seorang ‘pelarian’ – Dr Zulkifli

Nabi Muhammad bukan seorang ‘pelarian’ – Dr Zulkifli

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah bukan bermakna melarikan diri.

Menurut Dr Zulkifli, baginda berbuat demikian atas perintah dan tuntutan Allah S.W.T.

“Istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain,

“Insyallah saya akan bagi buku yang dikaryakan mengenai hijrah ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya yang memetik kitab Fiqh Al-Sirah karya Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang bertanya mengenai perkataan hijrah ditukar kepada pelarian dan adakah kenyataan Mohamad Sabu itu dikategorikan menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli berkata sekadar melihat beberapa sedutan video, Ahli Parlimen Kota Raja itu secara keseluruhan telah mentafsir maksud satu persatu dalam ucapan tersebut.

“Saya mohon maaf masa itu saya tiada dalam dewan,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply