Home Semasa Video TikTok, YouTube tak perlu lesen FINAS – Saifuddin

Video TikTok, YouTube tak perlu lesen FINAS – Saifuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok dan YouTube tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam masa yang sama berkata, Kabinet telah bersetuju untuk meminda meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

“Sebagai lanjutan kepada kenyataan saya semalam yang menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan National (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta FINAS untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial serta keperluan untuk menambahbaikkan Akta tersebut,

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan Kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa,

“Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Semalam, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu di Persidangan Dewan Rakyat dilaporkan berkata penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira media arus perdana atau individu yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

Menurutnya, pemegang lesen perlu memaklumkan kepada FINAS sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penggambaran sesuatu filem dimulakan.

Beliau dalam bahasnya menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang mempersoalkan keperluan tersebut termasuk pihak yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok.

Saiffudin bagaimanapun, dalam kenyataan berkata, sebahagian daripada laporan tersebut memberikan gambaran yang tidak tepat sehingga membawa kepada makna berbeza daripada maksud jawapan yang diberikan.

Katanya, ketika menjawab soalan Wong Shu Qi, beliau hanya menerangkan tentang undang-undang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) yang diluluskan Parlimen pada 1981 dan akta tersebut telah digunakan selama ini termasuk kerajaan-kerajaan terdahulu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply