Home Semasa 1MDB: Proses pemulangan wang oleh Goldman Sachs bermula dengan usaha Pakatan Harapan

1MDB: Proses pemulangan wang oleh Goldman Sachs bermula dengan usaha Pakatan Harapan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata proses pemulangan wang RM16.6 bilion (AS$3.9 bilion) oleh Goldman Sachs kepada Malaysia sebenarnya bermula dengan kemenangan PH dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden PH berkata pemulangan wang ini juga menjadi bukti wujudnya pelbagai salah laku dan kebobrokan pada zaman kerajaan pentadbiran BN.

“PH menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah, termasuk individu yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebagai ‘MO1’ dan Low Taek Jho (Jho Low) yang sehingga kini belum ditahan.

“Mereka tidak boleh dibenarkan bebas begitu sahaja,” kata kenyataan bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut kenyataan itu, proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga ke penghujungnya.

“Majlis Presiden PH mengingatkan kerajaan PH terdahulu tidak bersetuju dengan tawaran Goldman Sachs sebelum ini untuk hanya memulangkan AS$1.75 bilion (RM7.46 bilion) kerana jumlah penuh yang dituntut adalah AS$7.5 bilion (RM32 bilion),

“Mereka tidak boleh dibenarkan bebas begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Majlis Presiden PH mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha ini termasuk Peguam Negara pada ketika itu yang telah memulakan proses perundangan demi mendapatkan keadilan buat rakyat Malaysia. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply