Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan Perikatan Nasional akan tambah baik Akta Hasutan, SOSMA

Kerajaan Perikatan Nasional akan tambah baik Akta Hasutan, SOSMA

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menambah baik Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata kerajaan PN berpandangan akta SOSMA masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang sedemikian bagi membanteras dan membendung ancaman keselamatan seperti pengganas dan sindiket jenayah terancang,

“Kerajaan komited untuk menambahbaik undang-undang keselamatan termasuk SOSMA dan Akta Hasutan,

“Dalam hal ini kajian yang lebih terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” kata Hamzah dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kampar, Su Keong Siong di Dewan Rakyat.

Su Keong Siong meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini Hasrat kerajaan untuk meminda undang-undang yang diaggap zalim dan menindas seperti SOSMA, Akta Hasutan dan lain-lain undang-undang drakonian.

Sebelum ini, kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang merupakan antara janji mereka dalam reformasi undang-undang di negara ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply