Home Pertahanan dan Keselamatan Australia belanja US$552 juta pertingkat kekuatan serangan maritim jet pejuang F/A-18

Australia belanja US$552 juta pertingkat kekuatan serangan maritim jet pejuang F/A-18

by M.Daim

CANBERRA, 1 Julai – Kerajaan Australia hari ini mengumumkan perbelanjaan sebanyak US$552 juta untuk mempertingkatkan keupayaan serangan maritim pada pesawat pejuang F/A-18F Super Hornet.

Tingkat upaya tersebut melibatkan perolehan peluru berpandu anti-kapal AGM-158C Long Range Anti-Ship Missile (LRASM).

“Peluru berpandu ini merupakan tingkat upaya yang penting bagi Australia. Pada ketika ini, peluru berpandu AGM-84 Harpoon yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) mampu menjangkau sejauh 124 kilometer sementara LRASM berupaya mengempur sasaran pada jarak 370 km,

“LSARM akan digunakan pada F/A-18F Super Hornet dan berupaya untuk digunakan pada pesawat lain. Latihan penggunaan sistem ini akan bermula pada tahun 2021,” kata Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dalam satu kenyataan pada hari ini.

Menurut beliau, perolehan LSARM merupakan langkah pertama negara itu untuk mempertingkatkan keupayaannya dalam pelan pertahanan 2020-2030.

Terdahulu, Morrison mengumumkan pelan pertahanan 10 tahun Australia yang menelan belanja sebanyak US$ 190 bilion.

RAAF mengoperasikan 24 buah F/A-18F Super Hornet yang dilihat sebagai salah satu langkah untuk menggantikan F/A-18 A dan B yang dioperasikan semenjak 1980-an. Selain itu, Australia turut melakukan pembelian sebanyak 72 buah jet pejuang F-35 Lightning II. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply