Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim Malaysia hantar pulang 5 PATI warganegara Indonesia

Maritim Malaysia hantar pulang 5 PATI warganegara Indonesia

by Nurulhuda

LUMUT, 20 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Negeri Perak kini dalam proses menghantar pulang 5 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia selepas diselamatkan di perairan Hutan Melintang, pada Khamis.

APMM dalam hantaran facebooknya berkata, kesemua mereka yang diselamatkan berumur 20 hingga 45 tahun itu telah disaring dan didapati negatif.

Pagi semalam, kru bot Petir 80 milik APMM Negeri Perak, telah menerima maklumat kehadiran bot berkenaan pada jam 9.20 pagi, maklumat mengenai bot itu kemudian disalurkan ke Kapal Maritim (KM) Malawali bagi tindakan pengusiran.

“Namun bot tersebut didapati bocor dan hampir tenggelam akibat kebocoran dan memaksa anggota APMM menyelamatkan PATI yang berada di atas bot tersebut,

“Siasatan kini sedang dijalankan ke atas semua PATI merangkumi punca mereka menyusup masuk secara haram dan mengenal pasti punca kebocoran, sama ada ianya sengaja dibocorkan atau sebaliknya,” menurut kenyataan itu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply