Home Semasa Pak Long Mail tidak akan bersiaran langsung setiap hari mulai minggu depan

Pak Long Mail tidak akan bersiaran langsung setiap hari mulai minggu depan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 14 Jun – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sidang media harian mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diadakan tiga kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat mulai minggu depan.

“Masa berlalu dengan pantas, rupanya hari ini saya telah bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan selama 3 bulan setiap hari pada jam 2.00 petang,

“Ingin saya maklumkan bahawa hari ini merupakan kali terakhir bersiaran langsung setiap hari dan hari ini juga siaran yang terakhir pada setiap hujung minggu,

“Mungkin selepas ini tidak ada lagi baju batik berwarna warni yang menjadi asas kepada kuih muih serta minuman tuan dan puan,” katanya pada sidang media harian PKPP hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutama pasukan hadapan (frontliners) yang selama ini bertugas tanpa mengira rasa penat dan lelah dalam memerangi wabak pandemik COVID-19.

“Terima kasih juga kepada ahli keluarga frontliners yang memahami tanggungjawab dan memberi sokongan kepada mereka dalam melaksanakan tugas kepada negara,

“Tidak lupa juga, pengorbanan para pengamal media yang bertugas tanpa jemu dan penuh dedikasi setiap hari dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap masa. – airtimes.my

 

 

Related Articles

1 comment

RAKHAMAWATI BINTI GHAZALI 14 June 2020 - 7:21 pm

Tiada lagi lah kisah `SEMALAM’ yang kami tunggu2 setiap hari…

Reply

Leave a Reply