Home Pertahanan dan Keselamatan Taiwan halau jet pejuang Su-30 China ceroboh ruang udara

Taiwan halau jet pejuang Su-30 China ceroboh ruang udara

by M.Daim

TAIPEI, 9 Jun – Kementerian Pertahanan Taiwan hari ini mengesahkan beberapa buah jet pejuang Tentera Udara China telah dikesan menceroboh ruang udara negara pulau itu.

“Amaran telah dikeluarkan kepada jet pejuang Su-30 China ketika mereka memasuki ruang udara di barat daya Taiwan,

“Tentera Udara Republik China (Taiwan) telah menghantar pesawat pejuang untuk menghalau penceroboh,” kata Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Taipei sebelum ini mendakwa berlaku peningkatan aktiviti ketenteraan negara China di kawasan sempadan mereka semenjak April lalu.

Ini terutamanya selepas kemenangan Tsai Ing-wen yang dipilih semula sebagai Presiden Taiwan semasa pilihan raya Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi Democratic Progressive Party (DPP).

DPP dikenali sebagai sebuah parti yang menentang keras pendirian China yang menuntut Taiwan sebagai salah satu wilayah mereka. – AirTimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply