Home Pertahanan dan Keselamatan Rusia lakukan pembelian tambahan 20 jet pejuang Su-34

Rusia lakukan pembelian tambahan 20 jet pejuang Su-34

by M.Daim

MOSKOW, 9 Jun – Syarikat Sukhoi Aircraft Company (SAC) telah dianugerahkan kontrak perolehan 20 buah jet pejuang Su-34 oleh Kementerian Pertahanan Rusia.

“Kontrak perolehan Su-34 telah ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan Rusia pada minggu lalu.

“Kontrak pembelian Su-34M akan ditandatangani oleh kerajaan Rusia pada 2021,” kata agensi TASS yang memetik sumber dalaman syarikat.

Su-34 merupakan jet pejuang supersonik yang telah digunakan oleh Tentera Udara Rusia semenjak 2014. Pesawat ini dibangunkan dari Su-27 bagi menggantikan peranan Su-24.

Sehingga kini, sebanyak 134 buah pesawat Su-34 telah dihasilkan dengan 7 daripadanya merupakan pesawat ujian.

Su-34M merupakan varian pesawat yang ditingkat upaya. Jet pejuang ini dipasang dengan sistem pod sasaran elektro-optikal infra merah, radar, sistem countermeasure serta jamming. – AirTimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply