Home Semasa Penjawat awam masih boleh bekerja di rumah sepanjang PKPP

Penjawat awam masih boleh bekerja di rumah sepanjang PKPP

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 8 Jun – Sistem penggiliran bekerja dari rumah (WFH) masih diteruskan bagi penjawat awam dan semua perkhidmatan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, semua pekhidmatan kerajaan beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh PKPP.

“Memandangkan sekolah masih belum dibuka sepenuhnya, WFH masih diteruskan mengikut keperluan dengan mengambil kira kebajikan penjawat awam,

“Ia selaras dengan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 2 Mei lalu, sistem penggiliran WFH masih diteruskan mengikut keperluan dan mengambil kira kebajikan penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagi menyokong ekonomi negara supaya kembali dilandasannya, beliau menggesa semua projek pembangunan diteruskan dengan kadar segera.

“Bagi projek yang memerlukan lawatan tapak, aktiviti ini dibenarkan dengan mengamalkan kebiasaan baharu dan meminimumkan bilangan peserta,” ujarnya.

Tambahnya lagi, mesyuarat dan bengkel juga dibenar untuk dianjurkan dengan mematuhi prosedur keselamatan dan protokol yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“PKPP yang dikeluarkan oleh MKN termasuk semua arahan pihak berkuasa hendaklah dipatuhi,

“Ketua jabatan perlu memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menyediakan cecair pembasmi kuman tangan,” katanya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply