Home Semasa PKPD ke-7 Selayang Baru ditamatkan hari ini

PKPD ke-7 Selayang Baru ditamatkan hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-7 di kawasan Selayang Baru ditamatkan pada hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan saringan COVID-19 ke atas semua penduduk yang terlibat.

“Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Zon C iaitu Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21; Zon D (Jalan 3, 5, 7 dan 9); Zon E (Jalan 2, 4, 6 dan 8) dan Zon F (Blok A, B dan C, Selayang Makmur),” katanya pada sidang media harian selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintak Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan PKPD ke-7 di Selayang Baru melibatkan enam parcel bermula pada 25 April hingga 3 Mei lalu.

Namun, hanya dua parcel di Zon A iaitu di Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah dan Zon B (Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru) ditamatkan PKPD pada 3 Mei, sementara itu di Zon C,D,E dan F dilanjutkan.

Tambah Ismail Sabri, setakat 14 Mei 2020, Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,617 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply