Home Semasa COVID-19: Semua pekerja asing wajib buat ujian saringan – Ismail Sabri

COVID-19: Semua pekerja asing wajib buat ujian saringan – Ismail Sabri

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 4 Mei – Kerajaan hari ini telah memutuskan untuk mewajibkan semua pekerja warga asing membuat saringan kesihatan COVID-19 iaitu ‘swab test’ untuk mencegah penularan wabak pandemik itu di negara ini memandangkan hampir kesemua sektor industri memulakan operasinya hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ujian saringan kesihatan tersebut meliputi semua sektor sama ada komersil, perkilangan, pembinaan termasuklah kedai makan dan sebagainya.

“Dua hari berturut-turut kita dapati ada peningkatan kes COVID-19 ia didapati berlaku pada pekerja asing yang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Ampang. Untuk membendung penularan COVID-19 dari terus merebak, maka pihak Kementerian Kerja Raya sudah menutup tapak pembinaan tersebut,

“Dan sebagai langkah pencegahan seterusnya, mesyuarat hari ini telah bersetuju membuat keputusan untuk mewajibkan semua pekerja warga asing di semua sektor untuk menjalani saringan kesihatan COVID-19. Kos saringan ini perlu ditanggung oleh majikan masing-masing,

“Kementerian Kesihatan Malayisa (KKM) bercadang untuk memulakan swab test ini di Wilayah Persekutuan dan Selangor,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.-AirTimes

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply