Home Semasa Status 101,584 pemegang kad UNHCR Rohingya kekal Pendatang Asing Tanpa Izin – Menteri

Status 101,584 pemegang kad UNHCR Rohingya kekal Pendatang Asing Tanpa Izin – Menteri

by M.Daim

PUTRAJAYA, 1 Mei – Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin menegaskan status pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-banngsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) termasuk pendatang Rohingya tetap diiktiraf sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Beliau dalam satu kenyataan berkata, seramai 101,584 pendatang Rohingya merupakan pemegang kad UNCHR. Angka itu meliputi 56.6% daripada jumlah keseluruhan pemegang kad tersebut sehingga Mac lalu iaitu 179,521.

“Malaysia adalah bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967. Sekaligus, negara ini tidak mempunyai rangka kerja perundangan dan pentadbiran yang mengawal status serta hak pelarian di negara ini

“Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian dan telah mengklasifikasikan mereka sebagai PATI yang memegang kad UNCHR,” tegas Hamzah dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Namun begitu, beliau menyatakan kebenaran pemegang kad UNHCR untuk di negara ini adalah bersifat sementara sebelum ditempatkan ke negara ketiga.

Menurutnya lagi, pemegang kad UNHCR dari pendatang Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan.

 

Related Articles

Leave a Reply