Home Semasa JAKIM nafi edar garis panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP

JAKIM nafi edar garis panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Apr – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan telah mengedarkan dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JAKIM dalam satu kenyataan catatan Facebook rasminya berkata, semua makluman hanya dikeluarkan menerusi saluran rasmi jabatan tersebut.

Terdahulu tular di media sosial mengenai panduan itu yang bertajuk “Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh PKP” dikeluarkan oleh JAKIM.

“Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat awam khususnya umat Islam mengenai kaedah Sambutan Hari Raya Ketika PKP COVID-19,” kata panduan yang tular itu.

Antara panduan yang digariskan adalah solat sunat hari raya di rumah bersama ahli keluarga; boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah; ahli keluarga yang dikuarantin di rumah tidak dibenarkan turut serta dan pesakit serta petugas di hospital dibenarkan mengikut peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam panduan yang tular itu juga menyebut, takbir di masjid/surau oleh Imam, Bilal dan Siak atau rakaman; digalakkan takbir Hari Raya di rumah; takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan dan pengendali stesen penyiaran disarankan untuk menyiarkan rakaman takbir hari raya yang sedia ada dengan meletakkan kapsyen “Rakaman ini telah dibuat sebelum tempoh PKP.

Selain itu, panduan tersebut juga melarang untuk mengadakan rumah terbuka sempena hari raya bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.

“Amalan ziarah menziarahi untuk bersilatulrahim diganti dengan berhubung menggunakan alat komunikasi dan media sosial sebagai pengganti diri,

“Bacaan Yassin dan tahlil boleh diadakan di rumah bersama ahli keluarga bagi menggantikan amalan menziarahi kebur pada hari raya,” kata panduan tersebut. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply