Home Pertahanan dan Keselamatan 20 warga China ditahan, kapal berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor

20 warga China ditahan, kapal berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 29 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor menahan sebuah kapal kargo yang membawa muatan arang batu di kedudukan kira-kira tiga batu nautika selatan Pulau Kukup, Johor pada Isnin lepas.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, berdasarkan maklumat dari Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan, kapal kargo tersebut yang berdaftar di Republik Kepulauan Marshall dikesan berlabuh berlabuh tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sebuah kapal ronda APMM Johor yang sedang melakukan operasi di perairan sekitar terus diaturgerak ke kawasan itu,

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang berdaftar di Republik Kepulauan Marshall itu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut,” katanya.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan juga terdapat seorang nahkoda (Master) berusia 50 tahun bersama 19 anak kapal yang semuanya mereka adalah lelaki warga China.

“Kes disiasat di bawah seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” jelasnya. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply