Home Semasa Simpang Renggam kawasan pertama tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Simpang Renggam kawasan pertama tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 27 Apr – Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam akan tamat esok, 28 April 2020.

Ini sekaligus menjadikan Simpang Renggam menjadi kawasan pertama yang menamatkan PKPD.

“Sekatan sekatan PKPD yang dikenakan akan ditarik dari Simpang Renggam,” kata Ismail Sabri semasa sidang media di Putrajaya, hari ini.

Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Ibrahim Majid di Simpang Renggam merupakan kawasan pertama yang dikenakan PKPD berikutan penularan wabak COVID-19 pada 27 Mac 2020.

Pengisytiharan PKPD di Simpang Renggam melibatkan 1,300 isi rumah di 9 kawasan yang terlibat.

Sehingga kini, sebanyak 7 kawasan dikenakan PKPD oleh kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Ismail Sabri menyatakan PKPD di Sungai Lui, Selangor akan disambung sehingga 5 Mei 2020.

Related Articles

Leave a Reply