Home Pertahanan dan Keselamatan 84 individu ditahan cuba bolos masuk sempadan negara

84 individu ditahan cuba bolos masuk sempadan negara

by M.Daim

PUTRAJAYA, 25 Apr – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tindakan menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini adalah bagi menggelakkan penularan wabak COVID-19 dari luar negara.

“Kita mahu menggelakkan penularan oleh kluster import yang baharu melalui lorong-lorong tikus oleh PATI,

“Sehingga kini, 84 individu telah ditangkap kerana menceroboh negara,” kata Ismail Sabri semasa Sidang Media di Putrajaya, hari ini.

Beliau menambah, rakyat begitu bimbang tentang kemasukan warga asing secara haram ke negara ini selepas pintu sempadan telah ditutup. Namun, pihak berkuasa telah mengenalpasti laluan atau lorong tikus yang digunakan oleh PATI keluar masuk negara ini.

“Pihak berkuasa telah pun mengenalpasti semua lorong tikus sama ada di Pantai Barat Semenanjung, kawasan pantai Sabah dan jalan darat melalui Sarawak,” jelasnya.

Related Articles

1 comment

Malaysia Lockdown: National Task Force Leadership for MAF | malaysiaflyingherald 11 May 2020 - 10:25 pm

[…] To date, throughout the enforcement of Movement Control Order (MCO) and Conditional MCO (CMCO), the security forces have already detained more than 84 individuals trying to get into the Malaysian borders. (here) […]

Reply

Leave a Reply