Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: 179,198 veteran ATM tidak berpencen terima bantuan khas RM500

COVID-19: 179,198 veteran ATM tidak berpencen terima bantuan khas RM500

by Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata bantuan secara one-off itu akan disalurkan kepada kira-kira 179,198 veteran yang tidak berpencen, melibatkan peruntukan RM89.5 juta, namun pembayaran itu tidak melibatkan waris mereka.

“Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) akan menguruskan pembayaran ini kepada veteran ATM yang terlibat mulai 23 April yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

“Kementerian Pertahanan merakamkan penghargaan di atas keprihatinan kerajaan memanjangkan Bantuan Khas Kewangan ini kepada veteran ATM yang tidak berpencen bagi membantu golongan ini terutama ketika berhadapan dengan wabak COVID-19,” tambahnya.

Beliau berkata setakat ini, hanya 65,000 veteran tidak berpencen yang telah mendaftar dengan JHEV.

“Ramai lagi yang belum mendaftar, jadi saya menyeru kepada mereka supaya membuat pendaftaran yang akan dibuka sehingga 31 Oktober tahun ini untuk mendapatkan bantuan berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat melalui http://daftar.jhev.gov.my,” katanya. – Bernama

 

 

 

Related Articles

2 comments

Bantuan khas RM500, ringankan beban veteran tentera tidak berpencen – Air Times News Network 20 April 2020 - 5:27 pm

[…] Artikel berkaitan: COVID-19: 179,198 veteran ATM tidak berpencen terima bantuan khas RM500 […]

Reply
MOHD SHUKRI BIN NAWAWI 16 October 2020 - 8:11 pm

Duit bantuan one-off kepada saya blum dapat lg

Reply

Leave a Reply