Home Pertahanan dan Keselamatan Tak perlu bangga kejayaan tentera halang kemasukan pendatang Rohingya – Eric Paulsen

Tak perlu bangga kejayaan tentera halang kemasukan pendatang Rohingya – Eric Paulsen

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 17 Apr – Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) menyifatkan tindakan pasukan tentera menghalang pendatang Rohingya memasuki ke negara ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dibanggakan.

Beliau mengulas kejayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berjaya menghalang kemasukan pendatang Rohingya di perairan Langkawi, semalam.

“Ini tidak berpatutan.  Tidak apa yang boleh dibanggakan. Menyekat pelarian yang terdesak untuk mendarat setelah berbulan atau berminggu di laut boleh menyebabkan kematian,

“Dunia telah melihat perkara ini berulang kali,” kata Eric Paulsen di akaun Twitternya.

Semalam, TUDM telah mengesan sebuah bot pendatang Rohingya yang cuba memasuki di perairan negara ini di Langkawi. Kehadiran bot tersebut telah dikesan oleh pesawat C-130H dari No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Lantaran penemuan itu, TUDM telah menghubungi pihak TLDM yang kemudiannya menghantar KD Lekiu dan KD Lekir.

Anak kapal KD Lekiu telah mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan pendatang sebelum diiring keluar dari perairan negara.

KATA KUNCI : Angkatan Tentera Malaysia (ATM)LangkawiMalaysiaPertahananTLDMTUDM

Leave a Reply