Home Semasa UPSR, PT3 dibatalkan tahun ini

UPSR, PT3 dibatalkan tahun ini

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 15 Apr – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Menteri Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Jidin berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata,” katanya pada sidang media hari ini.

Manakala pembatalan PT3 juga tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah.

“Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,

“KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan,

“Keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini,” ujarnya.

Manakala mengenai pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP, Dr Mohd Radzi berkata ia adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada KKM dan MKN. – Airtimes

 

 

Related Articles

Leave a Reply