Home Semasa COVID-19: 1 kematian, 85 kes baharu

COVID-19: 1 kematian, 85 kes baharu

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 15 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan sebanyak 85 kes positif baharu wabak pandemik COVID-19 dengan satu kematian direkodkan sehingga jam 12 tengahari hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,072 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 2,342 kes.

Manakala kes yang telah sembuh dan boleh keluar wad adalah seramai 169 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,647 kes.

“Sehingga kini seramai 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 32 kes daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan,

“Kes kematian ke-83 (kes ke-4,988) hari ini merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi,

“Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 21 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 15 April 2020 jam 6.41 pagi,” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 hari ini. – Airtimes

 

 

Related Articles

Leave a Reply