Home Pertahanan dan Keselamatan Viral pergerakan aset tentera tiada kaitan dengan COVID-19

Viral pergerakan aset tentera tiada kaitan dengan COVID-19

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang TUDM hari ini menafikan aset Tentera Darat Malaysia (TDM) telah diaturgerak untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Beliau mengulas video tular di media sosial yang mendakwa tentera telah mula melaksanakan peguatkuasaan PKP.

“Berita atau maklumat tidak tepat dan video yang tular berkenaan merupakan aturgerak aset-aset Tentera Darat yang menjalani latihan ketenteraan dan diperintahkan untuk kembali semula ke kem masing-masing,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, pergerakan aset tersebut adalah mengikut atas ketetapan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020.

“Sehubungan itu, peringkat Kepimpinan Tertinggi ATM telah memutuskan untuk beberapa perkara berkaitan Operasi, Latihan dan Kursus, Eksesais, Pentadbiran dan Logistik diperhalusi berdasarkan PKP,

“Justeru, perkara-perkara yang melibatkan latihan ketenteraan adalah ditangguh buat sementara waktu,” jelas Affendi.

Beliau turut menegaskan operasi dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tetap dilaksanakan seperti biasa.

Related Articles

Leave a Reply