Home Pertahanan dan Keselamatan Berita operasi helikopter tentera sembur racun COVID-19 adalah palsu – Panglima

Berita operasi helikopter tentera sembur racun COVID-19 adalah palsu – Panglima

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM hari ini menafikan berita berkaitan operasi khas semburan disinfeksi wabak koronavirus (COVID-19) oleh helikopter tentera yang ditularkan baru-baru ini.

Beliau menegaskan masyarakat untuk berhenti berita tersebut dengan serta-merta.

“Walaupun berita palsu ini tidak menyatakan dengan jelas helikopter milik perkhidmatan samada Tentera Darat, Laut atau Udara,

“Namun penggunaan perkataan ‘tentera’ atau ‘military’ serta hebahan maklumat yang tidak benar boleh mencetuskan suasana panik di kalangan masyarakat terutamanya semasa isu wabak COVID-19,” kata Panglima Angkatan Tentera dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Terdahulu, Air Times melaporkan penafian oleh Majlis Keselamatan Negara akan dakwaan wujudnya operasi khas oleh tentera untuk melaksanakan semburan disinfeksi wabak COVID-19 di seluruh negara.

Mesej tular didapati dibuat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Related Articles

Leave a Reply