Home Semasa Lapor ke balai polis jika keluar daerah, negeri

Lapor ke balai polis jika keluar daerah, negeri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Orang ramai yang ingin bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain perlu memaklumkan kepada balai polis berhampiran untuk mendapatkan surat pengesahan dan perlepasan bagi menyekat penularan wabak  COVID-19 terus merebak ke tempat lain.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan itu dikuatkuasakan serta merta bermula tengah malam ini.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan borang untuk diisi oleh orang ramai yang ingin pulang ke kampung.

“Peranan pihak Polis didalam perintah larangan ini adalah untuk mengawal pergerakkan orang ramai dari satu negeri, ke satu negeri atau dari satu daerah ke satu daerah untuk menyekat penularan jangkitan wabak ini,

“Orang ramai yang ingin pulang ke kampung, harus melaporkan diri terlebih dahulu di balai berhampiran. Kami akan memberikan dokumen perjalanan sebagai bukti untuk perjalanan anda,” jelas KPN pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Hamid berkata cara ini dilihat berkesan menerusi pengalaman di negara China dan menjelaskan ia begitu efektif.

“Dengan keluarnya perintah kawalan ini, ianya sudah tentu dapat mengurangkan orang ramai untuk keluar,

“Saya menyeru agar orang ramai tidak ambil kesempatan untuk sengaja keluar memandangkan iainya perkara serius untuk negara,” jelas Hamid.

Hamid turut menegaskan mana-mana individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya dibawah seksyen yang berkaitan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply