Home SemasaGlobal Norway kemuka dua pilihan kepada pelawat asing; balik atau dikuarantin

Norway kemuka dua pilihan kepada pelawat asing; balik atau dikuarantin

by M.Daim

OSLO, 14 Mac – Kerajaan Norway hari ini memperketatkan kemasukan pelawat asing ke negara Scandanavia itu berikutan penularan wabak koronavirus-2019 (COVID-19).

Pihak Perbandaran Ullensaker (Ullensaker Kommune) dalam satu kenyataan berkata, pihak pentadbiran tertinggi Norway telah mengemukakan syarat yang ketat bagi mengawal kemasukan pelawat asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Oslo.

“Mana-mana pelawat luar dari rantau Nordik yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Oslo dikehendaki pulang ke negara masing-masing atau dikuarantin selama 14 hari sebelum memasuki Norway,

“Pelawat bebas jangkitan yang tidak dapat pulang ke negara asal pada hari yang sama akan ditempatkan di hotel,” jelas pihak perbandaran.

Selain itu, kenyataan yang sama menjelaskan pelawat yang mempunyai simptom COVID-19 akan dibawa ke hospital dan dikuarantin selama 14 hari.

Selain itu, pihak perbandaran Ullensaker turut meminta bantuan tentera Norway untuk menguruskan kehadiran pelawat di Lapangan Terbang Oslo.

“Anggota tentera boleh digunakan untuk menyambut tetamu dan berkawal di setiap lorong bagi menyampaikan maklumat yang perlu kepada pelawat,” kata Datuk Bandar Ullensaker, Eyvind Schumacher.

Lapangan Terbangan Oslo merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di kawasan Nordik dengan seramai 28.6 juta pelawat pada tahun 2019.

Sehingga kini, Norway merekodkan sebanyak 750 kes jangkitan wabak COVID-19 dengan seorang pesakit dilaporkan sembuh.

Related Articles

Leave a Reply