Home Semasa Ketua Polis Negara nafi dakwaan anak pemimpin politik Malaysia ditahan di Singapura

Ketua Polis Negara nafi dakwaan anak pemimpin politik Malaysia ditahan di Singapura

by Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Mac  – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan kononnya anak seorang pemimpin kanan parti politik negara ini ditangkap di Singapura.

“Berita tidak betul,” kata beliau ringkas kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi laporan media mendakwa seorang anak pemimpin kanan sebuah parti politik ditahan selepas cuba membawa masuk  RM2 juta ke republik itu.

Media melaporkan wang yang dibawa itu dikatakan tidak diisytiharkan melalui saluran biasa.

Laporan itu menyebut seorang lelaki berpangkat ‘Tan Sri ’ dikatakan turut terbabit dalam kes berkenaan. – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply