Home Semasa Barisan Kabinet akan diumumkan petang ini

Barisan Kabinet akan diumumkan petang ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’aytuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi ini untuk mempersembahkan  senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Muhyiddin akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada jam 5 petang ini bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply