Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Krew KD LEKIU pulang dari Korea Selatan negatif COVID-19

Krew KD LEKIU pulang dari Korea Selatan negatif COVID-19

by Syahira Rahemi

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Tiada pengawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD LEKIU dikesan mengalami simptom COVID-19 semasa mengiringi pelayaran Petronas Floating Liquefied Natural Gas 2 (PFLNG 2) dari Busan, Korea Selatan ke Sabah.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata, hasil ujian saringan terhadap semua pengawai dan anggota adalah negatif dan mereka dalam keadaan sihat.

“Langkah berjaga-jaga terhadap anggota akan dipertingkatkan sekiranya kapal tiba di Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) dalam dua hari lagi,

“Saringan kedua akan dilaksanakan setibanya anggota KD LEKIU di TPL bagi mengesahkan tiada COVID-19 dikesan,” jelas TLDM.

Menurut kenyataan itu, semua warga akan dikuarantin di kapal sehingga keputusan saringan kedua diperoleh dan dimuktamadkan oleh Bahagian Kesihatan.

“TLDM akan memastikan semua prosedur dilaksanakan bagi membolehkan semua anggota dapat berjumpa dengan ahli keluarga dalam kadar segera,” kata kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply