Home Semasa Agong lantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim

Agong lantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata pelantikan Tun M sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

“Ini selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,

“Selaku Perdana Menteri interim, beliau (Tun Mahathir) akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dibentuk,” jelas Zuki dalam kenyataan.

Ketua Setiausaha Negara turut menjelaskan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7.

Kenyataan Media Pejabat Ketua Setiausaha Negara

Related Articles

Leave a Reply