Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal tangki asing berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai

APMM tahan kapal tangki asing berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai

A+A-
Reset

JOHOR BAHRU, 19 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor telah menahan sebuah kapal tangki asing di perairan Tanjung Piai, pada Isnin lalu.

APMM dalam satu kenyataan berkata, kapal tangki itu ditahan pada kedudukan 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai, jam 10.50 pagi.

“Hasil pemeriksaan oleh bot peronda Maritim Malaysia mendapati kapal yang berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea itu gagal mengemukakan kebenaran bersauh,

“Ketika pemeriksaan, APMM mendapati kapal tersebut dikendalikan oleh lima orang anak kapal, manakala master bersama seorang lagi kru didapati tiada di atas kapal,

“Kesemua tujuh orang kru kapal tangki tersebut termasuk master merupakan warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan diantara 19 hingga 62 tahun,” kata kenyataan itu.

Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu berlabuh tunggu tanpa kebenaran Pengarah Laut.

 

 

KATA KUNCI : APMMJohorkapal tangkiTanjung Piai

Leave a Reply