Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
APMM rampas 92 unit bubu naga bernilai RM10 ribu di perairan Kuala Kangkong – Air Times News Network
Home Semasa APMM rampas 92 unit bubu naga bernilai RM10 ribu di perairan Kuala Kangkong

APMM rampas 92 unit bubu naga bernilai RM10 ribu di perairan Kuala Kangkong

by Bernama

ALOR SETAR, 22 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah, merampas 92 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya di perairan Kuala Kangkong, Kuala Kedah, di sini awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata bubu berkenaan yang dipasang di beberapa lokasi ditemui anggotanya yang melakukan rondaan di kawasan terbabit.

“Semasa rondaan pada pukul 3.30 pagi di kawasan perairan itu telah menemui 92 unit bubu naga yang panjangnya berukuran hampir 10 meter. Hasil maklumat mendapati, Jabatan Perikanan Kuala Kedah tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk peralatan bubu naga di perairan negeri ini.

“Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai RM10,000 itu telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah dan disiasat mengikut Seksyen 8(a), Seksyen 10(2) dan Seksyen 29 Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata penggunaan bubu jenis naga itu boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif dengan turut memerangkap anak-anak ikan komersial, yang boleh menjejaskan hasil pendapatan nelayan pantai.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan sebarang aduan dan kecemasan di laut yang boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579. – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?