Home Semasa ADUN Selangor, 4 pegawai khas ditahan positif dadah?

ADUN Selangor, 4 pegawai khas ditahan positif dadah?

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Seorang Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Selangor didakwa ditahan polis dalam satu operasi malam tadi.

Turut ditahan empat pegawai khas ahli politik parti kerajaan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, semalam.

Menurut sumber, mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 1030 malam di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.

“Penahanan itu berpunca daripada aduan orang awam berikutan bunyi bising didalam premis berkenaan,

“Pemeriksaan mendapati terdapat penganjuran ‘private party’ melibatkan 17 orang termasuklah enam orang wanita,

Beliau berkata hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif. ADUN terbabit kini direman tiga hari untuk membantu siasatan,” kata laporan itu.

Usaha untuk menghubungi pejabat ADUN berkenaan dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mendapat pengesahan namun kedua-dua ahli politik itu gagal dihubungi.

Related Articles

Leave a Reply