Home Pertahanan dan Keselamatan Tiba masa Nuri untuk dibersarakan – Panglima Tentera Udara

Tiba masa Nuri untuk dibersarakan – Panglima Tentera Udara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad TUDM hari ini menyatakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang merangka perancangan untuk menamatkan perkhidmatan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri.

“TUDM memang merancang untuk menamatkan perkhidmatan Nuri kerana helikopter tersebut sudah menghampiri jangka hayatnya,

“Khidmat sokongan untuk helikopter Nuri seperti alat ganti semakin sukar kerana memakan banyak masa dan kos,” kata Ackbal semasa Sidang Media Khas Panglima Tentera Udara ke-19 di Wisma Pertahanan, hari ini.

Isu alat ganti merupakan satu isu yang seringkali dihadapi pada pesawat yang lama – Jeneral Datuk Seri Ackbal, Panglima Tentera Udara ke-19. Foto: Airtimes/M Daim

Namun begitu, beliau tidak menyatakan jangka masa terperinci untuk menamatkan perkhidmatan helikopter yang telah menjangkau usia lebih 52 tahun.

TUDM sebelum ini menggantung operasi helikopter Nuri selepas insiden di Kem Gubir pada Ogos tahun lalu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply