KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan cemas di Kem Gubir, Kedah semasa melaksanakan penerbangan misi ulang bekal.
TUDM dalam satu kenyataan pada hari ini mengesahkan kejadian tersebut melibatkan sebuah helikopter Nuri yang berpangkalan di Butterworth sedang membawa 4 anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia. Kesemua mangsa yang terbabit adalah selamat dan mengalami kecederaan ringan.
“Mereka telah diberikan rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem,” jelas pihak TUDM.
Pada masa yang sama, TUDM turut menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
1 comment
[…] TUDM sebelum ini menggantung operasi helikopter Nuri selepas insiden di Kem Gubir pada Ogos tahun lalu. […]