Home Semasa Maszlee umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan

Maszlee umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 2 Jan – Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari 2020.

Beliau mengumumkan keputusannya meletak jawatan itu pada sidang media pada 4.30 petang di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Dr. Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Saya menerima peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa 3 Januari 2020,

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet dan pengganti akan ditentukan dan diumum dalam sedikit masa lagi, ” kata kenyataan itu.

Dr Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk mengemudi KPM.

“Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia,

“Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Tun Dr Mahathir dan parti, ” kata Dr Maszlee semasa sidang media hari ini.

Related Articles

Leave a Reply