Home Semasa Jadikan jawi sebagai matapelajaran elektif, jangan dipaksa sebagai matapelajaran wajib

Jadikan jawi sebagai matapelajaran elektif, jangan dipaksa sebagai matapelajaran wajib

by M.Daim

PETALING JAYA, 29 Dis – Sebanyak tujuh resolusi telah diluluskan semasa Kongres Jawi Kebangsaan yang berlangsung di Petaling Jaya, hari ini.

Antara resolusi yang diluluskan ialah membantah perlaksanaan jawi secara paksaan tanpa rundingan, membantah penerapan jawi dalam matapelajaran wajib lulus Bahasa Malaysia dan menyeru matapelajaran jawi diperkenalkan sebagai mata pelajaran pilihan.

Selain daripada itu, resolusi tersebut menyeru memartabatkan penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, mendaulatkan semangat Akta bahasa Kebangsaan serta Perlembagaan, menegakkan hak sekolah vernakular dan pembelajaran bahasa ibunda.

Resolusi ketujuh ialah tangguh dan bincang (sebelum) kenalkan jawi.

Arun Doraisamy ketika menyampaikan resolusi semasa Kongres Jawi Kebangsaan.

Ketujuh-tujuh resolusi tersebut telah dibacakan oleh Setiausaha Gabungan Seni Khat Action Team (SEKAT), Arun Doraisamy dan dipersetujui secara sebulat suara oleh 1,200 orang yang hadir ke kongres yang diadakan semenjak pukul 10.30 pagi tadi.

“Resolusi ini akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada pukul 11.30 pagi 30 Disember di Putrajaya,” jelas Arun.

Arun merupakan panelis pertama yang menyampaikan ceramah di Kongres Kebangsaan Jawi yang diadakan di Hotel Crystal Crown, hari ini. Antara panelis lain yang turut hadir adalah pakar akademik, Prof Mohd Tajuddin Mohd Rasdi; Pengerusi Jawatankuasa Khas Pendidikan Jawi Kuala Lumpur dan Selangor, Datuk Eddie Heng Hong Chai, Setiausaha Persatuan Warisan Terabai Kenyalang Sarawak, Bobby Williams; Peguam Aktivis dan pengasas Pertubuhan Malaysian Action for Justice and Unity Foundation, Siti Zabedah Kasim; Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK(T) R Thayalan.

Related Articles

Leave a Reply