Home Pertahanan dan Keselamatan Angkatan Tentera Malaysia terus siaga hadapi bencana banjir

Angkatan Tentera Malaysia terus siaga hadapi bencana banjir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyatakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini berada dalam keadaan siap sedia untuk sentiasa diaturgerakan bagi menjalankan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang kini melanda di Terengganu dan Kelantan.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, TUDM telah menjalankan Op Banjir bermula awal minggu lalu dengan menghantar bekalan keperluan dan makanan serta penerbangan membawa pesakit dari tempat yang terputus hubungan jalan darat,

“Kami telah melakukan penghantaran melalui udara dan kami sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk terus diaturgerakan berikutan kuadaan cuaca yang masih tidak menentu,” katanya.

Affendi turut menyatakan TUDM bersedia untuk atur gerak lebih banyak anggota dan aset sekiranya situasi semakin buruk.

“Semua agensi telah digerakkan, dan tahun ini kita betul-betul sudah sedia untuk menghadapi bencana banjir,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Diploma Kursus pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) siri 48/2019 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, hari ini.

Terdahulu, seramai 165 penuntut pegawai terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima diploma yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

 

Related Articles

Leave a Reply