Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Pahlawan pamer keupayaan tempur, bukti  askar bukan sekadar makan tidur

Eksesais Pahlawan pamer keupayaan tempur, bukti  askar bukan sekadar makan tidur

by Air Times News Network

LUMUT, 7 Nov – Eksesais Pahlawan Siri 16/2019 yang menggabungkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuktikan bahawa tugas askar bukanlah hanya sekadar makan dan tidur, malahan ianya lebih daripada apa yang disangkal.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata demonstrasi yang dilakukan dalam eksesais ini memperlihatkan keupayaan ATM yang sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga untuk menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

Menurut Mohamad, rakyat semakin peka dan memahami tugas serta peranan seseorang anggota tentera dalam menjaga keselamatan negara.

“Alhamdulillah rakyat dah mula ambil sensitif hal ini dan mula memahami. Tanda awalnya ialah bila kita buat Kempen Tabung Pahlawan baru-baru ini, kutipannya hampir mencecah RM10 juta dan ianya merupakan jumlah paling tertinggi dalam sejarah kempen tersebut,

“Selain itu juga, adalah tanggungjawab kami juga untuk terus memberi penerangan kepada rakyat dan menerangkan tugas angkatan tentera dalam menjaga keselamatan negara,” kata Mohamad ketika ditemui selepas menyaksikan  Pameran Statik Briged Arti Roket sempena Eksesais Pahlawan 16/19 di Pangkalan TLDM Lumut.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai penulisan di laman blog kendalian seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin yang dikatakan seperti menghina tentera apabila menyatakan tugas anggota tentera hanya makan dan tidur sahaja.

Penulisan berkenaan bagaimanapun telah dipadam dan Yew Yin memohon maaf kepada ATM susulan kenyataannya sebelum ini yang menyinggung anggota tentera.

Related Articles

Leave a Reply