Home Pertahanan dan Keselamatan Enam nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Malaysia

Enam nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Malaysia

by Bernama

SANDAKAN, 4 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menahan enam nelayan Vietnam dan sebuah kapal nelayan yang menceroboh perairan negara dekat Sungai Asam dekat sini kira-kira pukul 7 semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kru kapal termasuk juragan berumur lingkungan 50 hingga 59 tahun ditahan dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta tiada kebenaran atau permit bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia secara sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

“Tangkapan ini melibatkan rampasan sebuah kapal, satu set peralatan menangkap gamat (balat) serta sebanyak 400kg gamat tersimpan dalam beberapa tong yang diperoleh secara haram semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohamad Pajeri, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM610,000.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap hasil laut di perairan negara secara haram dan juga mengikut Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan perikanan yang tidak dilesenkan. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply