Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur

APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 22 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah kapal jenis Motor Tanker (MT) kerana berlabuh tanpa kebenaran di Perairan Johor Timur semalam.

Pengarah Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) Kapt Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata penahanan kapal tersebut kira-kira pukul 12.10 tengahari di kedudukan 13.5 batu nautika Timur Tanjung Penawar dibuat hasil maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal dengan tanda nama ”ERICA 10″ dengan ukuran panjang 112 meter berdaftar di Jakarta, Indonesia telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bersauh dalam Perairan Malaysia,

“ERICA 10 yang dikendalikan oleh 20 kru termasuk Nakhoda berumur lingkungan 22 hingga 53 tahun warganegara Indonesia akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut,” kata Mohd Zulfadli.

Menurutnya lagi, jika didapati bersalah kesemua mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Related Articles

Leave a Reply