Home Semasa Exco Melaka ditahan bawah SOSMA

Exco Melaka ditahan bawah SOSMA

by Nurulhuda

MELAKA, 10 Okt – Polis menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atas dakwaan dipercayai terlibat dengan perjuangan Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE).

Memetik laporan Berita Harian berkata, penahan Exco dari DAP itu disahkan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari pada sidang media mesyuarat Exco, di Seri Negeri,sebentar tadi.

“Ada maklumat seorang Exco ditahan polis Bukit Aman. Secara dasar. kerajaan negeri akan berurusan dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat punca beliau ditahan.

“Saya yakin, Exco berkenaan akan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Adly tidak dapat menjelaskan punca Exco terbabit ditahan.

Sementara itu, sumber berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabat beliau kira-kira jam 8.45 pagi tadi di Seri Negeri.

Related Articles

Leave a Reply