Home Semasa Ahli Parlimen Lanang sah pengerusi baharu NIOSH

Ahli Parlimen Lanang sah pengerusi baharu NIOSH

by M.Daim

Bandar Baru Bangi, 6 Okt – Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau disahkan menjadi pengerusi baru Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuatkuasa 1 Oktober 2019.

Pihak NIOSH dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Alice adalah bagi menggantikan Tan Sri Lee Lam Thye yang telah tamat kontrak pada 20 Oktober lalu.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah melantik Alice Lau sebagai Pengerusi NIOSH berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2019 dan tamat pada 20 September 2022,

“Pihak kami dengan pengalaman dan kelayakan yang dimiliki oleh Alice akan dapat terus memimpin NIOSH ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi,” kata kenyataan tersebut.

Alice Lau Kiong Yieng merupakan lulusan Master of Pharmacy dari University of Strathclyde, Glasgow. Beliau merupakan penyandang Parlimen Lanang semenjak tahun 2013 sehingga hari ini dan mewakili parti DAP.

Related Articles

Leave a Reply