JAKARTA, 25 Sept –Seramai 47 orang pelajar Malaysia dibawa pulang dari Provinsi Riau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), hari ini.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, kumpulan kedua pelajar seramai 31 orang dijangka akan tiba ke tanah air pada pukul 6.10 petang.
Penerbangan membawa pulang pelajar dari Pekanbaru dilakukan selepas darurat telah diisytiharkan di wilayah Riau dan Jambi.
“Setakat ini, 113 pelajar dapat dipindahkan dari Riau,” jelas kenyataan tersebut.
Sementara itu, menurut sumber, terdapat 327 orang pelajar berada di wilayah terjejas dengan seramai 226 orang berada di Pekanbaru dan 101 di Jambi. Dari jumlah tersebut, seramai 53 orang pelajar akan ditempatkan di Malaysia Hall, Jakarta.
Kesemua penerbangan tersebut menggunakan perkhidmatan penerbangan komersil.
Seramai 47 orang pelajar Malaysia selamat tiba di tanah air dari Riau, 31 orang lagi akan tiba petang ini.