Home Semasa Peralihan monsun 24 September bakal redakan jerebu – Jabatan Meteorologi

Peralihan monsun 24 September bakal redakan jerebu – Jabatan Meteorologi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Jabatan Meteorologi Malaysia (Meteorologi Malaysia)menjangkakan jerebu yang melanda negara akan beransur pulih sedikit masa lagi berikutan berlakunya fasa peralihan monsun pada 24 September ini.

“Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September 2019 dan berterusan sehingga awal November 2019,

“Dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir,” kata Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Fasa peralihan ini sekaligus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula semenjak 6 Mei lalu.

Walaupun menjangkakan keadaan jerebu akan reda berikutan fasa ini, Meteorologi Malaysia turut memberikan amaran bahawa akan berlaku banjir kilat berikutan berlakunya ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

“Ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak,” jelas kenyataan itu.

 

Related Articles

Leave a Reply