Home Pertahanan dan Keselamatan Hulurkan derma ikhlas tanda terima kasih kepada veteran – Menteri Pertahanan

Hulurkan derma ikhlas tanda terima kasih kepada veteran – Menteri Pertahanan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kementerian Pertahanan telah melancarkan Kempen Tabung Pahlawan 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) secara rasmi semalam.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata kerajaan menyasarkan kutipan minimum sebanyak RM 6 juta untuk diagihkan kepada veteran.

“Sumbangan ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan kepada veteran yang merangkumi Veteran Kelainan Upaya (VKU), bantuan khas kepada balu dan anak- anak dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU),

“Bantuan kebajikan turut diberikan kepada veteran yang terlibat dalam musibah kebakaran dan bencana alam,

“Justeru, saya menyeru kepada semua untuk menghulurkan sumbangan derma ikhlas sebagai tanda terima kasih atas hadiah keamanan dan keselamatan yang kita nikmati pada masa ini,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2019.

Kempen Tabung Pahlawan 2019 adalah bertujuan untuk menyalurkan sumbangan kepada bekas anggota tentera, balu dan keluarga anggota tentera yang kurang bernasib baik.

Kempen yang telah bermula semenjak Ogos 2019 merupakan sebahagian daripada Sambutan Hari Pahlawan yang juga bertujuan bagi memupuk semangat patriotisme dikalangan masyarakat.

Majlis Kempen Tabung Pahlawan 2019 telah dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali selaku penaung Kempen Tabung Pahlawan 2019. Beliau merupakan penaung Kempen Tabung Pahlawan 2019.

Turut hadir, Ketua Setiasaha Kementerian Pertahanan; Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral; Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara; Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Related Articles

Leave a Reply