Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Agong cemar duli berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Agong cemar duli berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

Agong cemar duli berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

by M.Daim

PUTRAJAYA, 12 Sept – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Mengarak Panji-Panji di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, hari ini.

Keberangkatan tiba pasangan Diraja disambut dengan lagu Negaraku oleh Pancaragam Gabungan Pusat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tembakan meriam kehormatan sebanyak 21 das dari 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Asri Che Wil.

Panji-panji merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

Sebanyak 5 buah helikopter melakukan formasi terbang lintas hormat membawa Jalur Gemilang, Bendera ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Formasi penerbangan ini diketuai oleh Mejar Abdul Khalid Zainal Abidin.

Acara ini melibatkan 4 kontinjen membawa Panji-Panji Diraja iaitu Panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Armor Diraja (KAD), TLDM dan TUDM.

Istiadat Mengarak Panji-Panji diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perbarisan ini merupakan satu istiadat gilang gemilang kepada ATM. Panji-panji merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

Istiadat ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima-panglima perkhidmatan ATM dan pegawai-pegawai kanan.

Turut hadir ialah atase pertahanan beberapa kedutaan serta suruhanjaya tinggi di negara ini.

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?