Home Pertahanan dan Keselamatan Tembak menembak di perairan Lahad Datu: 2 penceroboh bersenjata mati

Tembak menembak di perairan Lahad Datu: 2 penceroboh bersenjata mati

by M.Daim

LAHAD DATU, 4 Sept – Pasukan Khas ESSCOM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah berjaya menembak mati 2 orang penceroboh bersenjata di perairan Felda Sahabat, tengah malam semalam.

Menurut ESSCOM, semasa kejadian, Pasukan Khas Esscom bersama PDRM Lahad Datu dan Polis Marin telah berjaya memintas 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan keselamatan,

“Untuk tujuan mempertahankan diri, pasukan keselamatan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri,” jelas pihak ESSCOM dalam kenyataan rasmi di laman Facebook rasmi Eastern Sabah Security Command.

Sebuah lagi bot telah melepaskan diri menuju ke perairan Filipina.

Antara barang yang ditemui bersama suspek adalah selaras raifal M1 Garand bersama 2 butir peluru hidup serta 1 kelongsong peluru.

Turut dirampas sebuah bot pam berwarna merah jambu yang telah digunakan oleh suspek dalam insiden berkenaan.

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply