if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan ATM sentiasa siap siaga jaga keamanan, kedaulatan Negara

ATM sentiasa siap siaga jaga keamanan, kedaulatan Negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada dalam keadaan siap saiga pada sebilang masa demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara terutama di perairan Pulau Perak,Kedah.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, tidak kira sama ada di daratan, lautan mahupun di udara, ATM akan sentiasa bertugas bagi memastikan keselamatan perairan daripada diceroboh sama ada oleh nelayan asing, lanun mahupun tentera luar yang masuk ke sempadan negara secara tidak sah.

Menurut beliau, terdapat seorang pegawai dan 15 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang menjalankan pemantauan pada setiap masa.

“Dengan demografi pulau ini yang berbukit, berbatu, curam tidak berpantai malah berada jauh lebih 65 batu nautika dari daratan, mereka tetap menjalankan tugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara dengan sebaiknya, kata Mohamad dalam satu kenyataannya hari ini.

“Saya cukup kagum dengan semangat dan kesungguhan ditunjukkan oleh anggota-anggota kita yang bertugas di sini, kata Mohamad yang mengadakan lawatan kerja ke Pulau Perak bagi melihat sendiri operasi ATM dan keadaan sekitarnya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Panglima Armada Barat, Laksdya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah; Panglima 6 Briged, Brig Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid dan beberapa pegawai dari Kementerian Pertahanan.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?