Home SemasaGlobal Operasi penerbangan keluar masuk Hong Kong digantung

Operasi penerbangan keluar masuk Hong Kong digantung

by M.Daim

HONG KONG, 12 Ogos – Pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong bertindak membatalkan semua penerbangan keluar masuk ke wilayah itu hari ini.

Tindakan pembatalan baki penerbangan untuk hari Isnin dibuat berikutan perusuh bertindak membanjiri terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong untuk hari keempat.

“Operasi penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terjejas teruk berikutan perhimpunan yang diadakan di kawasan terminal,”

“Semua penerbangan yang dijadualkan pada hari ini dibatalkan,” jelas pihak pengurusan Lapangan Terbang Hong Kong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Ribuan peserta perhimpunan yang berpakaian serba hitam berkumpul di balai ketibaan semenjak Isnin lalu.

Menurut Reuters, perhimpunan tersebut pada mulanya dijadualkan berakhir pada malam semalam.

Perhimpunan yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong merupakan perkembangan terbaru dalam protes yang dilancarkan secara besar-besaran di wilayah itu semenjak Jun lalu.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Perhubungan Hong Kong dan Macau, Yang Guang, menyifatkan Hong Kong berada dalam situasi kritikal dan peserta protes telah melakukan kesalahan serius.

Protes yang diadakan semenjak Jun lalu berpunca daripada penggubalan undang-undang ekstradisi. Krisis ini merupakan krisis yang terbesar pernah dihadapi oleh China semenjak United Kingdom mengembalikan Hong Kong kepada Beijing pada tahun 1997.

Selain daripada itu, protes ini juga turut memberi impak kepada ekonomi dan kehidupan di bandar yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.4 juta orang.

Related Articles

Leave a Reply