Home SemasaGlobal Syarikat China arah pekerja boikot penerbangan Cathay Pacific

Syarikat China arah pekerja boikot penerbangan Cathay Pacific

by M.Daim

HONG KONG, 12 Ogos – Syarikat berkaitan kerajaan China dilaporkan telah mengeluarkan arahan kepada pekerjanya untuk tidak menggunakan perkhidmatan penerbangan Cathay Pacific, hari ini.

China Huarong International Holdings Ltd, syarikat pengurusan aset kewangan yang berpusat di Hong Kong telah mengeluarkan arahan tersebut pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Bloomberg, memo arahan tersebut turut meminta para pekerja syarikat berkenaan untuk tidak menggunakan perkhidmatan penerbangan Cathay Dragon, salah sebuah unit penerbangan milik Cathay Pacific. Arahan tersebut merangkumi penerbangan peribadi mahupun berkaitan dengan kerja.

Terdahulu, Cathay Pacific telah mengeluarkan amaran kepada pekerjanya untuk tidak menyertai mahupun menyokong mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan protes yang sedang berlangsung di Hong Kong.

Syarikat berkaitan kerajaan China arah pekerja untuk boikot syarikat penerbangan Hong Kong.

Related Articles

Leave a Reply